Wednesday, 24 June 2015

Teknik Menjawab Sejarah STPM

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH BAHARU STPM

TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR:

Tahap pencapaian pelajar atau calon STPM Baharu Mata Pelajaran Sejarah terbahagi kepada 5 tahap pencapaian iaitu berdasarkan kepada peruntukkan markah sebanyak 20 markah bagi setiap soalan:


TAHAP PENCAPAIAN

MARKAH
Amat Cemerlang
18 -  20 markah
Cemerlang
14 – 17 markah
Baik
10 – 13 markah
Lemah
6 -  9 markah
Amat Lemah
0 - 5 markah

Jawapan pelajar akan dinilai melalui beberapa kriteria. Kriteria yang dinilai terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


KRITERIA

PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT MARKAH KATEGORI
“AMAT CEMERLANG”

Pengetahuan Dan Kefahaman

( Diperuntukkan markah antara 1 hingga 8 )

1-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
4-5 markah – baik
6-7 markah – cemerlang
8 markah – amat cemerlang

·         Mempunyai fakta iaitu pelajar perlu menguasai kehendak soalan dengan meluas dan mendalam. Ini bermakna pelajar perlu memahami kehendak soalan dengan baik
·         Pelajar mestilah memberikan isi atau fakta utama diikuti dengan isi sampingan atau sokongan.
·         Pelajar mesti menghuraikan fakta dengan kemas, tepat, relevan dan secara terperinci serta mendalam.
·         Pelajar harus memaksimunkan kesilapan fakta agar tidak mencacatkan ketepatan jawapan pelajar. Ini bermakna pelajar dilarang sama sekali mencipta fakta sendiri atau menulis jawapan syok sendiri.

Taakulan

( Diperuntukkan markah antara 0 hingga 6 )

0-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
3-4 markah – baik
5 markah – cemerlang
6 markah – amat cemerlang

·         Pelajar mesti membina jawapan utama secara logikal berdasarkan kepada kehendak soalan dengan pengembangan idea yang baik.
·         Penghuraian isi atau fakta mesti disertakan dengan banyak contoh yang relevan.

Komunikasi

( Diperuntukkan markah antara 0 hingga 6 )

0-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
3-4 markah – baik
5 markah – cemerlang
6 markah – amat cemerlang

·         Susunan fakta amat logikal atau tersusun, analitikal, teratur dan sesuai dengan kehendak soalan yang ditanya.
·         Penyampaian fakta-fakta utama dalam jawapan mempunyai perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain.
·         Penulisan jawapan pelajar juga terfokus kepada kehendak soalan secara mendalam.
·         Pelajar juga perlu membuat rumusan dan kesimpulan yang mantap berdasarkan soalan yang ditanya.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

Pengenalan :
  • Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.
  • Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.
Isi-isi :
Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal :
Lokasi Di Pesisiran Pantai :
  • Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.
Pelabuhan Pembekal :
  • Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.
Memiliki Pelabuhan Entrepot :
  • Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar :
  • Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
Mempunyai Kemahiran Dalam Ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur :
  • Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
  • Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.
  • Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
  • Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.
Kemajuan Teknologi Pelayaran :
  • Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
  • Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.
Kesimpulan :
  • Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman

Ciri-Ciri Masyarakat Industri Jerman

Pendahuluan :
  • Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.
  • Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.
  • Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.
Isi-isi :
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
Masyarakat Pertanian :
  • Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.
  • Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.
  • Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.
Masyarakat Perindustrian :
  • pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan silesia barat Jerman
  • Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.
  • Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
  • Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.
  • Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.
  • Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.
  • Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
  • Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.
  • Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.
Kemajuan Sistem Pengangkutan :
  • Pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870
  • Firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
  • pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang 243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.
  • Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
  • Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.
  • Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.
Kemajuan Sistem Kewangan :
  • Pada tahun1880-an Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
  • Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
  • Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.
  • Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .
  • Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.
Dasar Kerajaan Jerman :
  • Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai
  • tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.
  • Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.
  • Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
  • Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.
  • Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
  • Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.
  • Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .
  • Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman.
  • Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.
Kesimpulan :
  • Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
  • Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

Cii-Ciri Masyarakat Industri England

Pengenalan :
  • Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.
  • Revolusi perindustrian  mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.
  • Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud  selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria  kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.
  • Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.
  • Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.
Isi-isi :
Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England :
Kemajuan Dalam Sistem Pertanian :
  • Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
  • Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian  akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa
  • Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.
  • Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull
Pengenalan Baja Kimia :
  • Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden  dan tebus guna tanah secara heavy manuring
Masyarakat Yang Berasaskan Kepada Perindustrian :
  • Perkembangan industri tekstil  membawa kepada penciptaan mesin pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.
  • Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa
  • Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
Kemajuan Dalam Sistem Pengangkutan :
  • Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
  • Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
  • Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.
  • Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England.
Penghijrahan Dan Pertambahan Penduduk :
  • Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
  • Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
  • Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
  • Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.
Perluasan Perdagangan Antarabangsa :
  • Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.
  • Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.
Perubahan Gaya Hidup :
  • Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.
  • Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.
Masalah Pencemaran Dan Kesihatan :
  • Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan masyarakat
  • Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian di kawasan bandar
  • Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat
Kemunculan Kelas Baharu Masyarakat :
  • Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik  kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
  • Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.
  • Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.
Kemunculan Golongan Proletariat :
  • Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.
  • Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
  • Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
  • Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.
Kelahiran Idea-Idea Baru :
  • Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
  • Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.
  • Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.
Kesimpulan :
Apa yang berkaitan.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda

Pengenalan :
Definisi Masyarakat Agraria :
  • Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
  • Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.
  • Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.
  • Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari dan melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada pertanian ladang dan dalam skala yang besar.
  • Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan

Isi-Isi :
1.           Ekonomi negara Belanda mula berlaku perkembangan terutama selepas Belanda berjaya bebas daripada cengkaman kuasa Sepanyol pada tahun 1585. Taraf hidup masyarakat Belanda semakin meningkat apabila berlaku revolusi pertanian dan revolusi perkapalan telah menjadikan Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah serta menjadikan pelabuhan Amsterdam sebagai pelabuhan yang sibuk pada abad ke-16 dan 17.
2.           Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.
3.           Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagi kepada bidang tanah iaitu setiap bidang tanah dibahagi kepada beberapa lajur tanah secara memanjang untuk diusahakan oleh petani. Petani hanya akan mengusahakan beberapa bidang tanah sahaja dan sebidang lagi akan dibiarkan kosong atau tanah rang sahaja untuk mengembalikan kesuburan tanah bagi musim akan datang.
4.           Pada abad ke-17, revolusi pertanian yang berlaku telah mendorong pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga tahun 1615, begitu juga dengan masyarakat petani dan penggunaan kuda dalam pertanian turut bertambah. Kegiatan dan pengeluran hasil pertanian semakin meningkat apabila kerajaan Belanda berjaya menambak laut untuk dijadikan kawasan pertanian. Penggunaan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.
5.           Masyarakat agraria Belanda menggunakan kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian. Tumpuan utama masyarakat agraria Belanda ialah tanaman bijirin seperti gamdum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda. Tanaman lain pula yang diusahakan ialah kobis, kekacang, jagung dan bunga-bungaan. Hasil-hasil ini akan dieksport keluar negara.
6.           Selain itu, masyarakat agraria Belanda juga mengusahakan kegiatan penternakan binatang terutama lembu tenusu untuk pengeluaran hasil tenusu. Belanda telah menjadi pusat utama penternakan lembu ini. Lembu-lembu daging pula diternak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
7.           Masyarakat agraria Belanda di desa turut mengusahakan industri tekstil terutama di Flanders dan Brabant. Mereka mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Masyarakat di bandar pula, menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain kemudian dipasarkan sehingga tahun 1568.
8.           Pada abad ke-17, industri tekstil di Leiden semakin berkembang terutama dalam pengeluaran kain-kain jenis woolen, says, fustians dan camlets. Perkara ini telah mendorong pertambahan pengeluaran kain sehingga meningkat sebanyak 130 ribu pada tahun 1660-an. Selain Leiden, Haarlem telah menjadi bandar pengeluran kain linen utama untuk dipasarkan ke Eropah.
9.           Hampir 1/5 masyarakat agraria Belanda telah mengusahakan kegiatan menangkap ikan terutama di kawasan Holland dan Zealand merupakan perairan yang kaya dengan ikan herring berkualiti tinggi. Pada abad ke-17, masyarakat Belanda telah menangkap ikan dari Laut Utara hingga ke Selat Inggeris dengan menggunakan kapal-kapal yang bersaiz besar sehingga menjangkau 30 tan beratnya. Mereka berjaya mengatasi nelayan Jerman untuk menguasai pasaran ikan di kawasan Baltik. Mereka akan berada di laut selama 8 minggu dengan anak kapal antara 10 hingga 15 orang.
10.         Masyarakat agraria Belanda juga terkenal dalam industri pembinaan kapal yang terbaik di Eropah iaitu bermutu tinggi, tahan lasak, dan boleh memuatkan muatan yang lebih. Industri ini telah mendapat kepercayaan masyarakat pedagang di Eropah pada abad ke-17. Sekitar tahun 1630-an, Belanda telah berjaya membina 2 500 buah kapal dan separuhnya untuk kegunaan di Eropah seperti negara England, Perancis dan Sepanyol. Perkembangan industri perkapalan ini telah mendorong perkembangan perdagangan Belanda terutama pada tahun 1648.
11.         Kapal-kapal Belanda telah digunakan untuk mengangkut gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia, seterusnya ke Perancis, Sepanyol dan Mediterranean. Kapal-kapal ini juga turut digunakan untuk mengangkut besi dari Sweden dan barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia Tenggara dan Kepulauan Barat Afrika. Perkembangan ini membolehkan Belanda menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
12.         Pada abad ke ke-16, hubungan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Apabila pelabuhan Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585, aktiviti perdagangan telah berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan telah muncul sebagai pusat perdagangan yang baru. Akibat pemberontakan oleh orang Belanda di bahagian utara telah mendorong Raja Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari Belanda memasuki pelabuhan Lisbon.
13.         Keadaan ini telah menyebabkan pedagang-pedagang Belanda mencari sendiri barangan mereka sehingga mendorong Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara. Tujuan Belanda bertindak demikian untuk menguasai perdagangan di Timur, menghapuskan monopoli Portugal dan Sepanyol, mengumpul kewangan untuk menentang kekuasaan Sepanyol di Belanda dan menawan pusat perdagangan Portugal di Timur.
14.         Pada tahun 1596, Belanda di ketuai oleh De Houtman telah sampai ke pelabuhan Bantam yang kaya dengan lada hitam, kemudian singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali dan kembali semula ke Amsterdam pada tahun 1597.
15.         Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan telah meningkat kepada 60 buah kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur antara tahun 1595 hingga tahun 1601. Mereka telah mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan Rempah di Asia Tenggara dengan memberi perlindungan kepada pemerintah tempatan seperti dengan Pulau Ambon (1600) dan Pulau Banda (1602). Sebagai balasan Belanda dapat memonopoli perdagangan buah pala.
16.         Bagi menjamin dan mengukuhkan kedudukan Belanda di Kepulauan Rempah ini, maka pada tahun 1602, parlimen Belanda bersetuju menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische Compagine (VOC). Dengan bermodal sebanyak 6½ juta guilder. Pengusaaan ini telah membolehkan Belanda mengawal sepenuhnya perdagangan import seperti lada hitam, bunga cengkih, buah pala, kulit kayu manis dan bunga lawang di Eropah. Pada tahun 1690, VOC telah memperkenalkan tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam tanaman rempah.
17.         Pada awal abad ke-17, usahawan atau pemodal Belanda yang berjaya telah menceburi perniagaan insuran dan perdagangan mata wang asing serta turut memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria dan Sepanyol. Sebagai contoh, usahawan atau pemodal Nouis de Geer telah mengusahakan kilang senjata di Sweden dan ada usahawan Belanda memonopoli perdagangan eksport di Rusia.
18.         Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya di Eropah iaitu antara tahun 1611 hingga tahun 1701, deposit Bank Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin. Perkembangan perdagangan luar negara, industri dan pertanian di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempat ke Amsterdam pada tahun 1609. Perkembangan dan pengukuhan perdagangan dan mata wang telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di Amsterdam.
19.         Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan urusan perdagangan seperti Bank Amsterdam. Penubuhan bank ini telah memudahkan lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan jangka panjang. Keadaan ini telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. Kerajaan Belanda telah berusaha menaik taraf pelabuhan Amsterdam seperti mendalamkan lagi pelabuhan Amsterdam, menyediakan lebih banyak gudang menyimpan barang dagangan, menyediakan kemudahan asas lain dan menghubungan pelabuhan dengan jalan darat yang lain.
Kesimpulan :
Usaha kerajaan Belanda ini telah memberi peluangan pekerjaan kepada masyarakat tempatan dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di China

Pengenalan :
  • Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas arahan golongan pembesar.
Isi-isi :
Ciri-ciri Masyarakat Agraria Di China :
  • Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.
  • Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa. Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur disepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.
  • Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan.
  • Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah. Namum, hasil yang diperolehi masih cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.
  • Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam, namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan.
  • Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
  • Masyarakat agraria China mula mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan luar dengan negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan persisir pantai timur Afrika. Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar terutama di pelabuhan Canton.
  • Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai aspek dari tamadun luar. Perkara ini secara langsung telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan meningkatkan lagi ekonomi negara China. Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran dan kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.
  • Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka dengan memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim, memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan penggunaan baja.
  • Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang kekurangan air. Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli dan jagung yang dibawa dari Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria.
  • Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
  • Seterusnya negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin, pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing. Industri porselin memberi sumbangan dalam pendapatan negara China dan bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama. Soochow pula sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran kain kapas. Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.
  • Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), kerajaan China hanya membiarkan ekonomi berada di tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal kaum petani. Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil pengeluaran pertanian bertambah. Sebagai contoh pada tahun 1661, kawasan pertanian seluas 549 juta ekar (mu) meningkat kepada 724 juta ekar (mu) pada tahun 1725 dan 781 ekar pada tahun 1766.
  • Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian modal dan tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini. Mereka akan bergabung mengikut wilayah menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai badan yang akan mengawal harga barangan, menatapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.
  • Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina dan rendah tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang cukup besar kepada negara dan masyarakatnya.
Kesimpulan :
Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya